Diari Asma

The shadow Edge (Jackie Chan)

Ada spoiler. Jangan teruskan pembacaan kalau belum tengok.

Semalam tengok The Shadow Edge lakonan Jackie Chan.

Citer tu sedap. Menghiburkan. Aksi dia tak payah cakap la, memang best. Walaupun Jackie Chan sudah tak selincah dulu, tapi masih lebih lincah dari saya. Lakonan dia pun best. Macam biasa la, mana tak best Jackie Chan.

Yang kurang best perempuan muda tu. Tak sedap betul mata memandang duk muncung je tak habis-habis.

Yang tak best juga hmmm polis Macau tu memang tak pandai buat keje ke? Memang semua quiet quiting ke? Yang bagus cuma polis sorang tu, tajam je mata dia nampak orang jahat. Yang lain tu tak tahu apa nak buat. Tak cukup training ke? Ke pakai kabel?

Yang best pulak, orang jahat veteren tu. Perghhh.. Power la. Lakonan dia memang best, dia kanpelakon Hong Kong lama. Yang best tu dia believably invinsible. Plot² paranoid dia tu banyak menyumbang kepada karakter legend dia tu.

Pastu orang jahat muda tu pun best. Semasa menonton tu saya dapati muka dua orang tu iras betul, pandai cari pelakon. Rupa-rupanya pelakon dia orang yang sana. Pandai betul mekap.

Cerita ni sedap ditonton sebab aksi dia tangkas dan mendebarkan. Terima kasih kepada lakonan mantap dua pelakon veteran ni.

Cuma konsep "sorang je pandai buat kerja, orang lain makan gaji buta" boleh disisihkan slow-slow.

Takkan la kan. Berlambak anggota polis dalam tu, sorang pun tak berguna. Kene ambil pesara polis jugak buat keje. Dah la tu, pesara tu sekali tengok terus nampak clue.

Nampak sangat generasi baru ni semua brain root. Attention span pendek. Tu yang tak nampak apa-apa walaupun depan mata. Taruk la sorang dua yang pandai cuma kurang berpengalaman. Ni semua bolot ke pesara tu.

Okay, pasni nak tengok citer apa pulak..

|

#movie/tv