Tak Pergi Half Marathon
Ini cerita yang saya belum cerita.
Pada bulan Ogos lepas saya join half marathon. Tapi tak pergi.
Sebab suami kene pergi main pickleball 4 hari mewakili tempat kerja.
Dah la tu, baju dan running kit pun tak ambil. Sebab suami dah pergi dah time tu.
Tempat tu jauh. Lepas parking kene jalan kaki pula melintas jalan. Saa tak confident nak bawa dua anaka ke sana. Jadi saya tak pergi ambil baju dia.
Dah la 100++ nilainya.
Suami cakap dia ganti duit. Ganti apa pulak, memang dia yang bayar.
Saya cakap okay je, tapi dalam hati saya tak okay. Saya tak mahu dia rasa bersalah. Lagipun dia nampak seronok betul maon pickleball. Setiap petang pergi main.
Saya nak lepaskan peristiwa tu, tapi tak berapa nak lepas.
Apapun saya memang tak training betul-betul untuk half marathon ni. Mungkin ada kebaikan juga Allah tak bagi pergi.
8 bulan saya tunggu. Apapun benda dah jadi. Saya patut lepaskan je.