Diari Asma

Urusan Keluarga

Saya tak dapat elakkan diri dari cutikan anak sekolah disebabkan urusan keluarga.

Pertama, suami kerja shift. Jadi biasanya Sabtu Ahad suami kerja. Anak-anak main dalam rumah. Persoalannya bila nak keluar berjalan, beriadah?

Weekdays, anak sekolah pagi kemudian ke KAFA. Balik pukul 6, main sekejap dah Maghrib. Malam ada hari free, ada hari pergi mengaji, ada hari pergi silat.

Jadi bila nak keluar berjalan, keluar ke pantai, keluar ke park?

Itu satu.

Kedua, balik kampung.

Kampung jauh 9jam perjalanan. Suami keje shift. Bila dapat cuti 5 hari, biasanya weekdays. Jadi kene cutikan juga anak untuk balik kampung.

Tak payah balik kampung. Sekolah lagi utama.

Betul ke sekolah lagi utama?

Bapa suami dah meninggal. Ibunya dah tua. Begitu juga dengan ibubapa saya.

Jadi bila cucu-cucu ni nak balik kampung jumpa keluarga? Selepas atuk nenek mati? Selepas mereka dewasa?

Bila dewasa kelak mereka tak rapat dah dengan mak sedara, pak sedara, sepupu sepapat bilamana sejak kecil tak mula bina hubungan.

Sejak kecil la kene selalu balik kenal-kenalkan dengan semua orang.

Sekolah penting, tapi keluarga lebih utama. Sekolah pergi setiap hari sampai 11 tahun. Keluarga pergi ziarah cuma beberapa bulan sekali.

Adakah bila cutikan anak sekolah bermaksud tak pentingkan pendidikan anak-anak?

Pendidikan penting, tapi sekolah bukan satu-satunya tempat pendidikan. Rumah juga tempat pendidikan.

Saya tak rasa bersalah cutikan anak sekolah untuk balik kampung 5 hari setiap 3 bulan.

Juga tak rasa bersalah cutikan anak untuk bawa mereka ke pantai atau park sebulan sekali.

Sebab kampung kami jauh. Ibubapa dah tua. Keluarga tak ada kat sini. Dan suami kerja shift, tak dapat cuti hujung minggu macam keluarga lain.

Diharap semua orang faham yang ada reason kita cuti kerana urusan keluarga.

Sebab keluarga penting.