Diari Asma

Update Neocities

Seronok betul bina site kat neocities ni. Memang susah tapi seronok.

Sebenarnya saya tak bina blog macam biasa yang saya buat sebelum ni. Saya bina kampung.

Setakat ni dah ada pawagam, konsert, kafe, perumahan, guestbook dan terbaru ialah rumah saya sendiri.

Bina rumah sendiri tu la paling seronok.

Paling tak best takde tempat nak kongsi pencapaian saya ni. Citer kat orang pun ,orang tak faham apa yang happy nya?

Maybe dorang ingat saya bina tu guna drag and drop, atau sekadar pilih² macam wordpress dan blogspot tu.

Oh, tidak. Coding ok, coding.

Dah la tu, tersilap takde koma, terus tak berfungsi. Tersilap as ada space selepas titik terus tak muncul.

Memang merana jiwa. Tapi itu lah cabarannya.

Harini penat sikit. Saya rehat dulu dari buat coding. Saya baca-baca post kat bearblog ni.

Bearblog ni memang rasa lebih tenang, sebab takde grafik dan warna limited.

Memang relax membaca kat sini.

|

#neocities