Tak Fair
Saya tak faham dengan sambutan Hari Malaysia tadika anak tahun ni.
Cikgu divide murid kepada 3 group. 1) Group pakaian beragam, 2) Group bento beragam, 3) Group hiasan, 4) Group mewarna.
Bila tengok group ni dah rasa tak fair.
Anak saya dapat group 4: mewarna.
Kami sekeluarga mewarna poster AI yang cikgu bagi tu.
Pada hari tersebut anak pakai baju tema merdeka (tak wajib) untuk sambutan tu.
Di whatsapp group cikgu suruh vote 1) pakaian terbaik, 2) bento terbaik, 3) hiasan terbaik. Gambar dan poll disertakan dalam group.
Bila balik dari sekolah, anak cakap "saya tak dapat hadiah. Orang lain dapat hadiah." Saya pun pujuk anak, "tak apa. Kadang-kadang kita dapat, Kadang-kadang orang lain dapat."
Sepanjang perjalanan balik anak masih lagi cakap tentang dia tak dapat hadiah. Yang pakai baju cantik je dapat hadiah, katanya. Saya cuma angguk dan pujuk dia untuk terima kenyataan.
Tapi dalam hati saya puj tak puas hati.
Bukan saya je rasa tak fair, kanak-kanak (anak saya).pun rupanya rasa tak fair.
Memang anak saya takkan dapat hadiah sebab dia cuma mewarna poster. Yang ada peluang dapat hadiah ialah 3 group lain, group mewarna poster dianaktirikan.
Anak sendiri pun nampak "yang pakai baju cantik je dapat hadiah". Adakah itu buat dia rasa baju dia tak cukup cantik? Baju tu saya beli khas untuk sambutan merdeka supaya anak tak ketinggalan ikut tema.
Saya merungut ni bukan sebab anak tak dapat hadiah. Tapi sambutan tu tak fair. Anak saya (dan semua group 4) tak ada peluang pun dapat hadiah. Sedangkan 3 group lain ada peluang.
Kenapa tak open bagi kami pilih nak join aktiviti apa. Bagi mereka buat tugasan yang mereka nak.
Kenapa letak anak saya kat group 4? Anak saya low effort ke? Atau sebab anak pendiam kat sekolah. Orang diam dianggap tak pandai buat kerja ke?
Hello, anak pertama saya tu join pertandingan buku skrap Hari Kebangsaan, dapat hadiah saguhati tau. Saya buat cantik (walaupun tak terpaling cantik dalam dunia). Ingat orang pendiam ni takde effort ke?
Saya tak percaya anak saya melalui pengalaman tak dapat keadilan dan dinafikan hak untuk join aktiviti pada usia 5 tahun.
Saya harap tadika barunya tahun depan tak buat aktiviti yang tak fair macam ni.