Suami Saya Baik
Suami saya baik.
Saya nak share kepada orang terdekat betapa baiknya suami saya dan betapa bertuahnya saya dapat dia.
Tapi saya tak boleh bagitau sesiapa. Saya tak boleh bagitau adik, sebab suami adik biawak hidup. Dia hidup macam ibu tunggal anak 5 + 1 (suami). Kalau bagitau saya tak mahu dia rasa betapa jauhnya beza hidup kami.
Saya pun tak boleh bagitau ibu. Sebab itu selalu cakap saya malas, tak boleh hidup tanpa suami dan kelak anak-anak akan sayang suami lebih dari sayang saya. Saya tak malas (tapi tak rajin) dan anak-anak sayang pada saya. Takde yang elok ke ibu boleh cakap. Bila jadi perempuan kita kene menderita baru la betul perempuan.
Saya juga tak boleh share kat social media betapa suami saya baik. Sebab saya takut evil eyes.
Akibatnya...
Kat mana-mana pun banyak content/info tentang suami jahat, suami gatal, suami curang, suami biawak hidup, suami kaki pukul, suami pendera, yang tak baik je la pasal suami.
Tapi saya nak bangkang.
Saya nak bagitau dunia yang ada suami baik, salah sorangnya suami saya. Malah sebenarnya ramai sangat suami baik tapi kami isteri tak boleh bagitahu. Kalau bagitau orang tak suka, orang kecam, orang sakit hati, orang tak suka kisah suami baik, nak kisah suami buruk je.
Saya nak bagi harapan kepada wanita bujang di luar sana yang ada lelaki baik yang akan layan awak macam permaisuri. Saya selalu berangan dilayan bagai permaisuri, tapi tak pernah fikir akan jadi kenyataan memandangkan rupa saya macam ni.
Tapi angan-angan tu menjadi realiti.
Saya nak bagitahu, jangan putus harapan. Jangan ingat dah tiada lelaki yang baik. Jangan settle dengan lelaki yang asal boleh je semata-mata takut takde dah lelaki lebih baik dari dia. Ada!
Awak sangat berharga dan valuable. Ada lelaki yang akan layan awak dengan baik. Jangan settle dengan lelaki bare minimum. Jangan.