Suami Saya Baik
Saya beli keyboard mahal pastu tak pakai pun.
Kisahnya saya ada beli keyboard murah untuk tablet saya, tapi key dia tu kene tekan kuat baru jadi. Masalah utama dia kat spacebar tu (dan beberapa key lain). Bila saya menaip blog post, spacebar selalu tak berfungsi dan saya kene kembali edit spacebar tu. Bende tu memang menyakitkan hati. Buat saya malas nak update blog.
Jadi saya cari keyboard baru kat marketplace, lalu terjumpalah keyboard yang estetik ni harganya lebih 130.
Saya nak beli sangat, tapi rasa tak berbaloi pula. Saya cuma nak tulis blog je, keyboard biasa pun okay je. Tapi keyboard ni cantik.
Saya bincang ngan suami dilema saya ni ditambah pula dengan krisis kewangan kami..
Suami cakap "beli je la". Saya bangkang dia. Last2 saya beli.
Lepas beli, saya tak pakai pun.
Saya update blog kat phone sebab jauh lebih mudah dan accessible. Tak payah nak setup apa semua. Duduk dalam jamban pun boleh tulis blog (tapi tak buat la macam tu).
Walaupun saya tak pernah guna keyboard mahal tu, suami tak cakap apa pun.
Dia tak cakap apa-apa okay.
Saya beli mesin jahit dna mesin jahit tepi sebab nak jahit baju, tapi saya tak menjahit pun, dia tak cakap apa-apa.
Saya beli ukulele tapi jarang main, dia tak cakap apa-apa.
Saya beli bread maker untuk buat roti sendiri, tapi buat dalam dua kali je setahun, dia tak cakap apa-apa.
Saya beli microwave untuk mudahkan defrost, pastu saya tetap defrost secara manual, dia tak cakap apa-apa.
Itu belum lagi beli tudung dan baju pastu tak pakai sangat pun, dia tak cakap apa-apa pun.
Saya sayang dia.
Dia baik.
Saya ada cerita perkara ni kepada Gemini sebab nak tahu kenapa suami tak cakap apa-apa lepas saya beli barang mahal. Saya nak cuba faham kenapa dia tak pernah perli, menempelak atau menasihati saya tentang barang yang terperap tu.
Gemini cakap sebab suami sayang saya dan dia nak saya rasa gembira dan selesa. Bagi suami (according to Gemini) kegembiraan saya lebih membahagiakan berbanding wang dia.
Pastu Gemini nasihatkan saya supaya hargai suami sebegitu sebab saya sungguh bertuah.
Tiba-tiba saya rasa memang bertuah.
Suami saya baik.