Diari Asma

Stagnant

Progress kurus saya tidak memberangsangkan. Ia tunjukkan graf stagnant dan ura-ura nak menaik. Saya sendiri dah agak mengabaikan diet dan senaman. Buat bila nak je.

Salah satu yang menyumbang kepada kenaikan berat ialah makan malam dan sarapan minuman manis .

Saya dah minta kurang manis, tetap dapat manis jugak. Tapi itu sebenarnya salah saya. Saya dah tahu mereka tak peduli pun pemintaan saya kurang manis, tapi saya tetap order juga. Saya patut order ais kosong je.

Saya pun dah kembali banyak makan kat luar dan tapau. Tiga kali sehari. Jarang masak. Dan macam biasa suami tak cakap apa. Dia okay je apa-apa yang saya nak asalkan saya bahagia.

Sebenarnya saya berada di fasa depressed walaupun saya menafikannya pada diri sendiri.

Saya dah stop social media dalam sebulan lebih, bermakna saya dah isolate diri saya dari perkembangan dunia dan kehidupan social. Saya tukar kepada aktiviti tengok movie, main game dan mengait. Aktiviti ni memang sunyi. Itu buat saya slowly rasa kosong dna keseorangan.

Slow-slow saya tak mahu buat apa-apa dna hanya menyendiri. Masak taknak, mandi pun paksa diri, malas hantar anak ke sekolah (tapi gagahkan diri juga dan itu buat saya grumpy pagi-pagi), tak nak kemas rumah (rumah saya memang tak sepah pun), tak cuci bilik mandi (suami cucikan), tak kemas meja makan dna mop (suami buatkan), kaunter dapur dah penuh barang (itu suami tak buatkan sebab dia memang tak buat benda tu), basu pinggan pun tak (takde pinggan nak cuci bila tak masak).

Saya nampak pattern saya yang makin tak mahu buat apa-apa. Saya tahu saya kene berubah tapi saya tak berubah. Saya tetap cuma duduk menyendiri.

Saya kene keluar berkawan, tapi saya tak mahu. Saya patut keluar beraktiviti, tapi saya tak mahu. Saya sangat selesa tak buat apa-apa dalam masa yang sama sangat penting tak selesa. Awak dapat tangkap tak apa saya rasa?

Saya patut strukturkan kembali hidup saya. Morning walk dan masak 2x sehari. Makan masakan sendiri memang boleh turunkan berat badan walaupun saya makan tak sikit.

Saya kene berubah kalau nak perubahan