Diari Asma

Sepatutnya Dah Crochet Semua Sea Creatures

Selepas main Minecraft saya gagahkan diri crochet sea creature yang terakhir iaitu seal. Mata saya betul-betul mengantuk tapi saya gagahkan juga buat satu lagi.

Lepas siap body dia, saya terus stop. Ada lagi muncung dan sirip dia belum buat, tapi saya stop.

Sepatutnya semua sea creature dah complete harini, tapi saya stop. Saya stop.

Saya tak pernah rasa crochet ni satu tugasan yang berat, tapi kali ni saya rasa.

Sangat berat.

Sangat berat untuk ambil kertas tu dan baca instructions.

Patut la ada orang kata crochet ni susah. Susah bila awak dapat instructions yang susah nak faham.

#kraf