Diari Asma

Selimut Crochet Part 3: Siap Semua Sea Creatures

Semua sea creatures akhirnya siap. Awak tak tahu betapa saya nak mengelak dari mengait sea creature ni.

Pattern ni tak susah tapi instructions dia (berapa kali saya nag pasal ni) yang berbelit nak faham.

Ini yang terakhir: IMG20261016232146

Seal. Sepatutnya warna kelabu tapi saya tak ada warna tu. Saya tak mahu ke kedai beli warna kelabu sebab nanti saya akan bawa pulang satu beg yarn lain. Saya tahu perangai saya. Saya tengah usaha guna semua warna yang ada dulu.

IMG20261016233633

Itu 4 petak yarn yang saya ada. Dan dalam box atas kiri tu ada lagi campuran yarn lain. Taknak display semua sebab nanti saya panik.

Selepas ni saya akan cantumkan sea creature berselang seli dengan crochet square. Saya tak tahu berapa. Saya tak mahu kira lagi.

Sebenarnya saya dah takde hati nak teruskan. Saya takde hati dah nak baca pattern ni. Tapi tinggal sikit je lagi, kita teruskan.

Bertabahlah

#kraf