Diari Asma

Saya Nak Laptop!

Walaupun saya tak perlukannya tapi saya nak!

Kami ada desktop kat rumah tamu tapiiiiiiiii saya tak suka pakai desktop tu.

Saya nak jadi orang yang bersyukur. Saya patut bersyukur ada desktop dimana saya boleh buat apa-apa kerja dalam tu, tapi saya tak suka desktop tu!

Apa masalah desktop tu? Desktop tu tak ada apa-apa masalah pun kecuali butang on dia kat belakang monitor!

Saya ulang: butang on dia kat belakang monitor.

Saya kene hulur tangan saya ke belakang monitor dan cari-cari butang yang tenggelam tu pastu tekan. Kadang-kadang rasa macma dah tekan rupanya belum, saya kene hulur tangan ke belakang monitor, cari-cari dan tekan lagi sekali.

Kedua, suami saya hide taskbar(? tak pasti nama dia). Saya tak suka hide taskbar.

Itu je la, bukan besar sangat pun masalah tu.

Butang on tu cuma perlu tekan sekali je masa buka desktop, bukan setiap jam. Taskbar tu pun boleh je unhide tiap kali bua desktop.

Tapi ia dah cukup untuk buat saya tak mahu guna desktop tu.

Beli desktop tu adalah satu kesilapan juga.

Saya beli meja besar yang boleh adjust tinggi. Plan asalnya meja tu kosong, dan sape nak guna boleh duduk situ bawa buku atau laptop. Tapi sekarang ia dah jadi meja desktop dan kat belakang desktop banyak habuk dna susah nak bersihkan.

Saya betul-betul harap desktop tu rosak supaya boleh buang.

Saya teruk.

Saya patut bersyukur ada kemudahan tapi tak. Saya masih nak komplen dan nak yang lain.

Saya teruk