Sangat Santai
Malam tadi saya bagitau suami supaya alihkan rak buku ke dalam bilik. Laci pula alih ke ruang tamu sebelum pergi kerja (selepas saya clearkan rak buku tu pagi nanti).
Pagi tadi saya tak bangun awal. Saya bangun pukul 8.30 pagi (selepas suami pergi kerja) tengok dia dah siap alihkan semua, siap simpan balik buku tu semua dalam rak buku.
Saya kagum betul dengan kudrat lelaki 🥹.
Sekarang saya cuma baring-baring je tak buat apa-apa keseorangan dalam rumah. Padahal saya patut simpan barang-barang rumah dalam ottoman, susun benang kraf dalam rak buku, dan masak untuk makan tengahari.
Tapi tak, saya cuma baring-baring buang masa. Kejap lagi saya merungut tak ada masa nak buat semua ni dan salahkan dunia yang bergerak terlalu laju, padahal saya yang tak bergerak