Restart
Jumaat haritu berkobar-kobar nak walking 20,000 sehari selepas tengok video terinspirasi tu.
Hari pertama berjaya capai 10k.
Pastu Sabtu Ahad. Anak cuti, suami kerja 16 jam. Duduk rumah je sepanjang hari. Tak keluar. Tak walking.
Menambah burukkan lagi saya cuma baring-baring je sepanjang hari.
Ya, saya masak, basuh pakaian, sidai pakaian apa semua tapi bila tak buat apa-apa saya baring. Pastu saya napping banyak.
Hmmmm...
Walaupun tak pakai jam, tapi saya tahu bila duduk rumah steps saya antara 500-800 sahaja.
Harini hari keempat. Saya nak pergi morning walk ni. Berapa steps agaknya dapat pagi ni?