Diari Asma

Minecraft: Tarah Bukit untuk Ladang Gandum

Tingkat 2 rumah dah complete. Cukup diorite untuk seluruh rumah. Keliling rumah saya letak cermin, siling letak kayu putih birch. Pokok birch tak banyak area ni, saya tanam balik sapling tu dan tebang, berulang kali.

Shear pula dah rosak. Saya tak boleh buat shear lagi sebab takde iron. Walaupun banyak mining tapi iron ni payah betul jumpa. Terpaksa la saya breed dan sembelih kambing² tu.

Saya decide nak tarah lagi bukit kat bahagian belakang kandang kambing. Ketinggian dia dalam 10 blok.

Dalam duk tarah tu, tiba-tiba terkeluar air dari dinding bukit. Air tu mengalir ke bawah dan ke dalam bukit. Mungkin ke ada gua bawah tu?

Saya pun naik bukit untuk siasat. Memang betul, ada gua kat belakang tu. Kecewa betul, baru nak ratakan tanah.

Gua tu ada dripstone yang besar-besar. Saya takut nak masuk.

Saya pun buat pagar sekeliling air terjun tu, nanti baru decide apa nak buat. Sementara tu ratakan dulu kawasan untuk kebun gandum.

Dalam duk tarah tu saya terfikir apa kata buat air terjun dan kolam kat situ, supaya nampak cantik.

Saya pun tarah lagi 10 blok tadi menjadi 2 blok je supaya air terjun tu terletak elok. Memang banyak giler keje nak meratakan bukit ni.

Yang buat saya risau ialah, kalau kawasan tu diratakan, gua tadi tu akan terdedah ke? Patut ke saya stop tarah sebelum reach gua tu? Atau tutup gua tu? Atau biar je gua tu terdedah?

Saya gagahkan diri masuk ke gua tu nak tengok dalam mana. Serius takut. Takut tersilap langkah karang, jatuh menjunam (macam kat tempat lama saya). Walaupun dah tahu cara keluar, tapi saya tak mahu alami lagi experience tu. Saya bukan dalam mood explore.

Masuk punya masuk, rupa-rupanya gua tu kecil je. Dan paling best, ada diorite!

Diorite tu ada dalam 4 blok je kat dinding. Saya belum mining. Biar dulu. Saya letak 2 torch kat dalam tu.

|