Minecraft: Split Screen dengan Anak
Saya bagitau anak yang saya dah jumpa rumah pertama saya. Mereka teruja dan terus join main sama (tapi kat rumah kedua).
Bila saya bagi anak-anak join, awak tahu je la apa jadi. Yang sorang ni nak buat rumah, dia ratakan kawasan sebelah rumah saya (yang ada kolam ikan tu, dia kambus kolam tu) dan bina rumah guna wool yang susah payah saya kumpul yang tersimpan dalam chest - saya tanam dan tuai wheat dan bagi makan kambing supaya mereka breed kemudian sembelih banyak-banyak sebab itu je cara nak dapatkan wool memandangkan saya low iron untuk buat shear. Itulah betapa lamanya proses kumpul wool. Pastu anak ambil buat rumah).
Apapun, saya bukan merungut okay. Saya sayang anak-anak. Ambik la apa semua yang mama kumpul ni asalkan awak bahagia.
Yang sorang lagi nak buat hotel. Dia pun guna wool jugak 🤦♂️. Tapi dia ada banyak simpanan wool memandangkan dia ada shear dan selalu botakkan kambing-kambing sebelum ni. Tapi itulah, bina hotel tuuuu, dengan wool pulak tuu.
Dan dia nak bina hotel kat kawasan lapang dna besar iaitu kat tanah rata yang penat2 saya tarah untuk buat kandang lembu.
Apapun dia minta izin dan saya izinkan guna tanah lapang tu. Sebab saya lebih sayangkan dia berbanding lembu ataupun Minecraft.
Yang anak pertama tadi dia pecahkan dinding rumah tingkat 2 (dengan izin) saya sebab nak buat balkoni. Macam-macam la dorang ni..
Lepas dah bina tu kan, dua-dua stop kat bumbung. Dua-dua tak buat bumbung dan kemudian ajak pergi rumah pertama pulak.
Apa pulak korang nak buat kat sana, wahai anak..
Saya ikutkan aje. Kitorang masuk terowong, sampai kat hujung anak saya terlajak.
Kan semalam saya cerita terowong tu tembus sampai ke curam lubang macam tu kan. Dorang terlajak dan terus jatuh lubang yang dalam. Dalam giler.
Dalam tu tahu ada apa?
Ada lava!
Saya dah panik dah. Tapi dorang tak panik. Dorang relax je cari jalan nak naik balik.
Pastu anak kedua tu terjatuh lagi sekali di kedalaman kedua.
Akhirnya dua-dua berjaya naik ke permukaan.
Perghhh
Tak sangka bawah tu ada lava. Menyala-nyala warna dia.
Kami pun continue main di rumah pertama. Anak kedua bagi makan kambing. Anak pertama pula pergi bina menara sampai ke atas awan. Anak kedua ikut sekali. Sampai puncak mereka pecahkan balik menara tu. Tapi anak kedua tergelincir jatuh. Haha. Macam-macam la anak ni.
Dorang biasa main node creative, tu la macam-macam bende dorang buat.
Kalau dorang main berdua, selain bina macam-macam bangunan, yang pertama tu suka spawn haiwan dan monster. Beratus-ratus pulak tu di spawn pastu dia slay monster tu semua.
Yang no 2 pulak suka selamatkan haiwan-haiwan dari di-kokak oleh monster yang beratus-ratus ekor tu.
Macam tu la bila budak-budak main. Seronok kan. Itu baru namanya main. Kalau saya main, memang nak ikut logik la, ikut estetik la, pastu tak seronok. Haha.
Selepas kitorang kembali ke rumah kedua, anak bina sampan dan cakap kat bawah tasik ni ada secret. Aishh, apa pulak awak ni. Secret apa pulak?
Katanya kat bawah air tu nampak macam ada lubang besar.
Huh?
Jangan la bukan-bukan. Dah la mak kau gayat ni. Serius ke.
Pastu dia menyelam kejap tengok dan memang nampak macam kat dasar tu ada underwater cave ke apa nama dia.
Sepatutnya saya gembira kan. Tapi saya takut
Kenapa saya takut ye?