Minecraft: Dapat Emerald Pertama
Kalau nak maju kene rosakkan alam sekitar .
Progress saya akan perlahan (atau tak boleh main pun) kalau saya tak rosakkan alam sekitar.
Saya perlu tebang banyak pokok supaya nampak sekeliling. Sepanjang jalan dari rumah ke pantai saya clearkan pokok-pokok tu. Saya kene nampak pantai dengan jelas supaya tak rasa macam duduk dalam hutan.
Lagipun saya nak cari manusia (villagers).
Nak cari villagers tapi takut nak explore. Macam mana nak progress? Semasa tebang pokok-pokok do laluan saya nampak satu lubang yang snagat curam. Dalam tu ada lava.
Kurrr semangat. Saya takut lava 😖
Saya cuma intai-intai je dari luar. Susah nak masuk sebab curam. Dia bukan ada macam cerunan boleh turun step by step. Dia steep.
Nanti dulu la, saya belum ready nak masuk. Biasanya plan main kejap saya takde mood nak explore.
Saya tak tahu nak buat apa dah ni. Saya nampak trader, saje "borak" dengan dia. Dia nak 1 blok jerami dengan harga 1 emerald. Eh, saya boleh buat tu!
Saya pun cepat-cepat buat 1 blok jerami dan bagi dia. Dia bayar!
First time saya dapat emerald. Yeehaaaaa!
Saya seronok.
Nak buat lagi tapi ada 6 wheat je. Tunggu dulu la wheat lain tu matang.
Sambil tu saya sambung rumah. Saya buat 4 tingkat dan kat atas sekali tu letak pagar sekeliling konon-konon nak tengok di kejauhan. Tapi tak nampak apa-apa pun. Hubuhuuuu...
Wheat dah saya kumpul, tapi trader dah pergi dah. Takde rezeki huhuuuu