Minecraft: Bina Rumah Putih
Saya habiskan masa bina rumah (lebih tepat lagi mansion).
Saya sebenarnya tak suka rumah besar, tapi apa salahnya buat besar-besar dalam game.
Diorite tak cukup, saya decide letak kat bahagian dinding depan rumah. Kiri kanan guna stone. Saya buat dua tingkat. Lantai tingkat atas pula saya guna kayu birch yang tompok-tompok tu.
Saya nak rumah serba putih tapi resource takde dan tak cukup.
Satu cara guna wool, tapi rak cukup wool.
Satu lagi guna kayu pale, tapi tak cukup dan saya tak berani nak patah balik cari, takut tak jumpa jalan balik.
Saya dah cukup takut mengembara haritu.
Akhirnya lantai tingkat atas guna kayu birch. Lantai tingkat bawah pula saya buat karpet putih.
Biri-biri putih tak muncul-muncul. Tapi sejak saya buat 6 karpet, biri-biri putih selalu muncul. Kadang-kadang dua ekor terus. Saya pun ikut dia dan shear wool dia.
Ambil masa betul collect wool, tebang birch dan bina rumah.
Namun ia berbaloi.
Saya seronok je. Rasa relax.
Tapi bila tengok gunung-ganang di kejauhan, atas dan bawah, takuttt.
Setakat ni tingkat satu dah siap, tingkat dua belum lagi.
Previous |