Main Minecraft
Harini tak buat apa-apa sebab sibuk main Minecraft. Ni hari kedua saya main (sepanjang hidup). Saya main survival mode: peaceful sebab saya takut zombi dan takut lapar tak pandai main/tak pandai control/tak pandai apa-apa la pendek kata.
Saya mula-mula muncul kat satu tempat, di lereng gaung. Saya pun berjalan tak ketahuan tiba-tiba hari gelap. Cepat-cepat saya kurung diri sendiri dalam kotak yang diperbuat daripada dirt dan tunggu hari siang (kejap-kejap buka 1 box sebab takut zombi. Selepas beberapa malam dalam game tu baru saya tahu mode peaceful takde zombi. Haha penat je takot.
Saya panjat² gunung(?) dengan susah payahnya sampai ke puncak. Saya decide nak tinggal kat situ sebab ada tanah rata. Saya tebang-tebang pokok nak bagi rata.
Pastu saya gali lubang bawah tanah dan duduk dalam tu bila malam.
Pastu saya nampak ada seed wheat dalam poket (ntah dari mana datang pun tak tahu), saya pun cari jalan tanam wheat tu kat sebelah 'bunker'.
Anak nampak saya main, dia pun join (split screen) pastu dia buatkan saya rumah. Laju betul dia buat, sebab dia dah selalu main dlaam creative mode. Dia buat dinding je, takde pintu, takde bumbung pastu stop. Sukati la. Dia baru 5 tahun.
Pastu saya turun konon-konon nak mining, sekali sesat. Hahaha.
Lama juga cari jalan, akhirnya jumpa pun. Pastu takut dah nak pergi mana-mana sebab semua tempat nampak sama.
Saya bina 2 unggun api, pastu turun lagi. Bila nak balik, tak jumpa pulak kepul-kepul asap dia.
Puas pusing akhirnya jumpa.
Kali ni betul-betul takut nak pergi mana-mana dah. Saya decide nak mining dari dalam bunker. Saya gali macam tangga sampai jauh ke bawah. Tak tahu la apa nak cari, saya gali je. Tak sangka pula ketuk-ketuk tanah ni sangat satisfying. Rasa macam terapi.
K, tido dulu...