Diari Asma

Krisis Kewangan

Saya baru tahu yang famili saya ada krisis kewangan.

Pinjaman kad kredit berjumlah 30k. Dan defisit perbelanjaan dalam 2k.

Selama ni suami ambil wang simpanan untuk cover perbelanjaan.

Saya tak pernah ada kad kredit jadi saya tak faham sistem ini. Suami cakap takde interest dan cuma perlu bayar minimum. Tapi bila saya check balik, mana takde interest. Interest dan takaful dalam 400 sebulan. Selama ni suami cuma bayar hutang dalam 600 je sebulan. Patut la dah 2 tahun masih tak turun-turun hutang.

Seperti biasa saya panik dan senaraikan semuanya komitmen dan cari jalan.

Akhirnya kami decide untuk apply personal loan untuk bayar 20k dan 10k lagi ambil dari ASB.

Namun personal loan ditolak. Akhirnya suami keluarkan 20k ASB untuk tutup hutang 20k dan 10k lagi suami cuba dapatkan pinjaman koperasi. Sekarang dia perlu cari seorang lagi penjamin di kalangan staff juga.

Jika bulan depan masih belum dapat penjamin atau ditolak, saya cadangkan dia apply personal loan sekali lagi memandangkan hutang 20k dah bayar, maybe boleh approve kali ni.

Jadi sekarang ada 10k hutang belum settle.

Itu baru pasal hutang, defisit belum lagi.

Defisit kami dalam 2k, maksudnya perbelanjaan lebih 2k berbanding pendapatan.

Selepas senaraikan komitmen, saya tengok susah nak kecikkan apa-apa sebab memang komitmen kami semuanya keperluan.

Tahun depan Fatin akan ke sekolah kerajaan, jadi 420 dah kurang. Gaji suami juga akan naik 300. Jadi tahun depan ada 720. Tapi itu tahun depan. Tahun ni berbaki lagi 7 bulan kami masih defisit 2k.

Kami baru tutup Astro (140) dan bulan depan mungkin downgrade plan internet (-80). Yang boleh cuba jimat ialah elektrik, tapi saya tak rasa boleh sebab saya suka aircond.

Satu lagi yang saya nampak mungkin kami boleh refinance kereta. Kalau ikutkan saya lebih suka tukar je kereta yang lebih murah, tapi suami sayang kereta tu. Saya ada suggest refinance kereta jadi bulanan mungkin jadi separuh (-400).

Selain tu saya juga akan banyak memasak di rumah. Perbelanjaan makan mungkin kurang separuh (-1000), mungkin je, memandangkan saya sendiri tak tahu belanja makan bulanan kami.

Kalau semua ni dibuat defisit tinggal 780 sepanjang 7 bulan ni.

Dan tahun depan pula defisit jadi 60 je (kalau tak refinance kereta) , atau ada lebihan 340 (kalau refinance kereta).

Walaubagaimanapun, tahun depan suami boleh keluarkan kwsp 2, jadi wang tu boleh guna, tak perlu pun refinance kereta.

Saya lebih suka buat satu personal loan, bayar hutang 10k dan selebihnya cover defisit 2k sebulan (atau 780 sebulan lepas jimat).

Tahun depan dapat kwsp 2, guna untuk cover defisit 60 lagi. 3 tahun lagi loan kereta habis, ada extra 800 sebulan.

Pada waktu tu semuanya dah ok. Cuma perlu bertahan 3 tahun lebih je lagi.