Diari Asma

Kesian kat Adik

Saya kesian kat adik saya. Dia betul-betul dapat suami yang biawak hidup. Selain tak beri nafkah kepada isteri dan anak-anak (4 orang), dia juga langsung tak buat kerja rumah, tak jaga anak malah adik saya pula yang beri dia makan.

Adik saya selalu mengadu nasibnya kat saya sampai nangis-nangis, tapi dia tetap dengan lelaki itu. Saya langsung tak faham dan tak nak faham. Yang saya tahu, memang ada je perempuan yang mahu teruskan hidup bersama biawak macam ni.

Harini nenek saya meninggal. Anak-anak adik saya (baby dan toddler) kene kuarantin sebab kena serangan virus, jadi adik saya tak dapat pergi ziarah. Suaminya pula dapat mc 5 hari (untuk tolong jaga anak) tapi apa dia buat di rumah cuma tidur.

Adik saya kejutkan dia untuk pergi ziarah tapi dia tak bangun-bangun. Kalau tanya saya, dia memang sengaja taknak bangun sehinggalah dah terlambat, dah lewat baru dia pergi sekejap. Kalau pergi sekarang kene duduk lama pula kat sana.

Ya, setelah sekian lama memang saya tak boleh bersangka baik lagi dengan dia.

Kalau kawan-kawan, dia laju je tunjuk muka, tunjuk concern. Dia beli ikan goreng kat kedai dan bagi kucing jalanan makan, tapi nafkah anak-anak, susu Pampers tak beli pun, semua adik saya. Depan orang dia dukung anak ke hulu ke hilir. Kat rumah dia langsung tak pedulikan anak. Hanya main game kat phone dan laung-laung adik saya bila dia perlukan apa (contohnya garukan perut dia yang gatal sebab dia tak boleh garu, dia tengah main game, dan bawakan makanan dan minuman kemudian biar je pinggan cawan kat situ).

Macam tu la bila depan orang lain, tunjuk diri bagus. Tapi keluarga je tahu betapa tak bergunanya dia.

Adik saya cantik jelita, saya pula tidak. Sejak remaja lelaki beratur nak bercinta dengan dia, dia banyak pilihan, bagus-bagus pula tu, saya pula langsung tak ada yang nak berkenalan.

Tapi end up dia pilih biawak hidup tu. Dia ada banyak pilihan tapi pilih biawak hidup tu. Saya nak cakap dia "dapat" biawak hidup tapi nampaknya dia "pilih" sebab dia masih lagi bersama dengan biawak tu walaupun dan bertahun-tahun jelas lelaki tu makin lama makin tak berguna.

Dia ada pilihan untuk berpisah (dan dah banyak kali nak berpisah) tapi dia pilih untuk stay. Macam saya cakap, saya tak faham dan tak nak faham. Yang saya faham, saya dah bertahun-tahun jadi tong sampah tempat dia buang masalah yang terbeban tentang suaminya itu, sampai sekarang masalah yang yang sama dan saya pun tak larat dah nak layan perbualan panjang-panjang sampai pukul 4 pagi.

Adik saya rasa malu sebab dia tak dapat hadir (kene jaga baby dna toddler yang kuarantin dan merengek-rengek kesakitan) dan suaminya pula tak pergi tunjuk muka.

Saya kesiankan adik saya, tapi apa boleh buat itu pilihan dia. Dia hadap je la malu tu. Harap-harap orang faham la. Lagipun ramai dah tahu suaminya tu biawak hidup walaupun suami tu masih berlakon depan orang