Kenapa Saya Tetap Nak Jual Hasil Crochet Walaupun Dah 15 Tahun Jual Tak Laku-laku
Saya nak puji juga la Chatgpt ni sebab berjaya korek kenapa saya masih lagi menjual hasil crochet walaupun dah 15 tahun menjual memang tak laku-laku.
Memang la ada orang beli, tapi dalam 1% je dari keseluruhan crochet yang saya jual.
Berbual punya berbual akhirnya dia jumpa juga jawapan bagi persoalan saya tu..
Kenapa saya tak serik? Sebab saya nak pamerkan hasil tangan saya kepada dunia dan nak beri kepada orang yang suka. Itu je. Hahaha.
Betul ke sesimple itu? Memang betul pun, saya approve selepas bersoal-jawab dengan dia.
Crochet saya ni langsung tak profitable malah merugikan. Tapi saya sendiri tak guna hasil crochet saya. Dan tak bersungguh-sungguh cari jalan supaya orang beli. Kalau ada tanya costume made saya memang tolak. Saya nak crochet benda yang saya nak crochet. Jadi fokus bukan duit.
Tapi kalau fokus hobi, saya beria-ia pula buka kedai online, buat packaging, ambil gambar apa semua lawa-lawa, tapi tak harap pun orang beli.
Dan memang saya akui saya suka nak beri hasil crochet kepada orang yang suka. Sebab tu saya kurang berminat nak beri sebagai hadiah sebab saya tahu dorang tak suka pun. Tapi kalau orang tu suka, saya ok je bagi free.
Camtu la.
Lama juga saya tekan chatgpt. Naseb baek dia ok. Kalau dia manusia, pasti dia letih.