Diari Asma

Kenapa Saya Buat Blog Ni?

Saya dah tulis blog sejak 2009 di blogspot. Ada 3 blog saya tulis.

Kemudian muncul social media. Saya tulis di social media, pendek-pendek je status. Ada juga yang panjang. Bila panjang tu, panjang sangat. Last-last saya tak menulis lagi, tapi asyik consuming tulisan.

Kemudian muncul era video pendek-pendek yang buat kita doomscrolling. Saya pun terjebak sama. Addicted.

Sekarang saya dalam proses buang addiction ni. Tapi susah.

Saya nak kembali menulis supaya ada kerja, tak la asyik nak tengok social media dan consume content.

Maka terhasillah blog ini.

Jujur cakap penulisan saya tak sedap dibaca. Semasa menulis saya banyak kali pause dan cari perkataan yang sesuai. Perkataan tu senang je tapi tak muncul di fikiran saya. Otak saya dah tumpul, dah berkarat.

Namun begitu saya tetap biarkan je post tu, tak edit-edit dah. Biar je. Ini bukan exam.

Harap-harap saya improve dan kembali pandai menulis

|