Diari Asma

Gaji 14,000 pun tak cukup?

Semasa remaja saya pernah tertengok tv, ada satu slot cakap tentang sorang penyanyi ni, pendapatan dia juta-juta pastu rumah juta-juta tapi dia cakap nak cari duit sebab tak cukup.

Saya pun cakap kat ayah, "Eh, dia ni gaji juta² pun tak cukup lagi??".

Ayah chuckle dan cakap, "Takkan cukup. Gaji sejuta nak dua juta. Bila dua juta nak tiga juta. Dah dapat 10 juta nak 20 juta. Takkan cukup."

Saya terdiam bila ayah cakap yang unexpected tu. Processing...

Sekarang bila dewasa saya nampak memang itu la patternnya.

Berapa pun gaji kita dapat memang takkan cukup. Sebab kita tak mahu hidup below our want.

Dalam senarai orang bergaji 14,000 tu memang jelas tak mungkin dia duduk di rumah teres single storage bahagian tengah. Rumah mesri ada ekon setiap bilik (dan mesti rumah lebih dari tiga bilik). Ada dua buah kereta, tak mungkin kereta myvi atau bezza. Kad kredit tak mungkin ada satu. Makan, tak mungkin masak setiap hari. Itu je pun dah nampak duit flow macam mana.

Apapun, takde siapa ada hak menilai atau menentukan macam mana dia guna duit dia. Itu hak dia nak ekon 6 biji, kereta satu hilux satu lagi vellfire, rumah banglo 3 tingkat.

Cuma bila kita exposed gaji yang besar dan bagi statement tak cukup kemudian tunjuk komitmen bulanan, memang secara tak langsung kita minta orang menilai.

Dan bagi yang bergaji biasa-biasa je ni, tak masuk akal la tak cukup sebab mereka pakai axia sebiji, motor sebiji, rumah kluster pakai kipas, anak sekolah kebangsaan yang 5 minit je dah sampai, masak 2x sehari dan bawa bekal ke tempat kerja. Kalau la dapat 14,000 seronoknya, boleh beli banglo, vellfire, hilux, ekon 5 biji, anak sekolah private. Hasilnya sama la 14,000 tadi yang sepatutnya cukup tu tak cukup. Sebab kita akan tend guna duit yang kita usahakan.

Camtu je la kitaran hidup manusia...

|