Evening Walk
Menyesal pulak evening walk tadi.
Selepas hantar anak ke KAFA kami pergi ambil baju untuk fun run esok. Sekembalinya ada masa setengah jam lagi sebelum KAFA habis. Kami pun stop kat satu taman kecik yang baru buka. Saya pun apalagi start walking sekeliling taman kecik tu.

Dah capai 1km baru pi amik anak.
Lepas amik anak, pergi lagi ke taman kecik tu. Anak syok main permainan, saya pula syok sambung walking.

Puas hati dapat jalan lama.
Tapi....
Lepas balik rumah terus flat.
Tapi tak boleh flat.
Kene suruh anak mandi, layan anak berloyar buruk, layan anak bercakap dan jawab soalan-soalan pelik-pelik mereka.
Tapi saya betul-betul flat. Otak tak boleh proses dah apa dorang cakap.
Last-last saya masuk tidur awal.
Saya patut tahu yang tiap kali saya walking lama waktu petang, malam mesti flat punya. Punca tak diketahui.
Maybe sebenarnya tak la flat. Tapi tak sempat rehat dah kene hadap pe'el anak. Agaknya sebab tu la kot.
Kalau everyone left me alone dalam sejam, maybe okay je.
Tapi bila nama mak, time dorang leave me alone cuma time tido je.
Time dorang tido, saya pun tido jugak. Hew hew...