Diari Asma

Buat Sendiri Lagi Bagus

Buat sendiri lebih cepat, kemas dan efisyen.

Bila mintak orang buatkan, dah la lambat, hasilnya tak bagus, tak kemas malah kita kene baiki balik. Dah dua kali keje.

Tapi...

Kalau buat sendiri, sampai bila-bila kene buat sendiri.

Saya bercakap dalam konteks seorang ibu.

Pagi tadi saya minta anak basuhkan pakaian (guna mesin basuh). Dia buat dan saya jemur.

Baru tadi (malamnya) semasa ambil plastik sampah, plastik tu melekit, bau sabun baju. Rupa-rupanya botol sabun baju tu meleleh dengan sabun (sabun sebelah plastik sampah).

Saya dapat agak apa yang berlaku. Semasa basuh pakaian pagi tadi, selepas masukkan sabun, anak saya tak kosongkan betul² penutup botol tu dan terus tutup botol. Botol tu memang ada rekabentuk yang masukkan baki sabun dari penutup, tapi tak la efisyen sangat.

Jadi saya perlu bilas plastik sampah dan beberapa barang lain yang melekat sabun serta botol sabun dan laci tu sekali. Dah banyak keje. Kalau saya buat sendiri, tak perlu saya cuci semua ni.

Tapi inilah tugas saya sebagai ibu. Ajar anak. Dan proses ajar anak ni bukan sekali terus jadi. Kene berulang kali buat silap sampai jadi.

Begitu juga dengan lap tumpahan. Anak tumpahkan makanan /minuman. Saya ajar ambil kain bersih lap tumpahan tu, kemudian bilas kain tu dua kali lagi dan lap dua kali lagi. Mereka buat. Tapi hasilnya tetap tak bersih, tetap berlengas. Saya kene lap lagi sekali (atau dua). Dah la kalau kita yang lap 3 minit siap, bila anak lap 20 minit baru siap. Itu belum lagi dia pusing-pusing kwn kain lap tu masa otw ke sinki, dah terpercik-percik kotoran ke dinding. Kene lap pula dinding.

Buat sendiri lagi senang.

Tapi awak tahu tak akibat buat sendiri?

Akibatnya kita akan buat semua tu sendiri sampai bila-bila. Anak assume itu tugas mak. Sampai mak umur 60 pun masih anak itu assume mak buat. Masa tu kita akan letih dan kecewa.

Saya tahu ada yang nak bangkang saya tapi itu realiti yang saya sendiri nampak berlaku pada ramai orang.

Anak yang rajin ialah anak yang maknya asyik menyuruh dan membebel.

Saya kene suruh dan dan hadap kesemua ke tak sempurna tu. Saya kene bersedia untuk kemaskan balik dan cuci itu ini sampai la anak saya pandai.

Ini proses yang lama. We reap what we sow.