Diari Asma

Baru tengok Reacher

Saya dah terminate semua streaming beberapa bulan lepas dan ganti dengan free streaming (yang ada iklan). Tak best. haha.

Selain iklan tak best, cerita dalam tu pun tak best. Saya carikan cerita untuk anak saya pun semua mereka tak minat. Hahaha.

Dua hari lepas akhirnya saya try Prime Video. Saya sebenarnya dah lama nak tengok Reacher dan The Fringe. Saya baru tengok Reacher 3 episod.

Saya suka betul watak Finlay tu. Watak tu kene betul la dengan dia. Dia nampak natural dan real perangai irritated dengan orang tu. Suka!

Seperti biasa, saya kurang minat drama bersiri sebab rasa buang masa. Boleh je siapkan dalam 2 jam, tapi tak, saje nak panjang². Jemu juga la tengok kalau penulis tak pandai keep the show going.

Setakat ni saya puas hati dengan Reacher.

Haaa . Satu lagi. Baru saya tahu yang Reacher tu sebenarnya saya ada crush kat dia satu masa sulu, tapi tak tahu itu dia.

Dalam Smallville ada satu watak Aqua ke apa. Masa dia muncul (sebagai manusia biasa) saya macam, wow. Kacaknya.....

Pastu dia punya muka dan mata dia tu menawan sungguh la. Oh my God.

Pastu..pastu..

Dia pandai berenang (mesti la, Aqua kan) dan marine biologist, macam saya. Cuma saya the real marine biologist. Saya happy.

Pastu saya tak tahu dah dia pergi mana.

Beberapa tahun kebelakangan ni nampak dia dalam beberapa siri dan filem tapi tak perasan pula orang yang sana. Masa terbaca artikel apa ntah doa mention berlakon dalam Smallville. Rupa-rupanya dialah yang saya crush tuuu..

Oh my God! Saya happy.

Happy sangat ❤️

|