20,000 Steps
Saya tertengok video yang betul-betul memberi inspirasi.
Perempuan ni dia challenge diri BERJALAN 20k steps sehari.
Bulan pertama dia berjaya turun dalam 15 pound. Bulan kedua 8 pound. Bulan ketiga 8 pound lagi. Dan kemudian dia abs dia muncul dan dia tak expect pun.
Dalam proses tu, mood dia semakin baik, semakin ceria dna badan bertenaga. Kulit dia pun makin cantik dan slowly ada jaw line.
Katanya dah 20 tahun dia buat macam-macam diet tapi tak berhasil.
Kali ni target dia cuma 20k steps sehari dan dapat hasil. Hasilnya tu pun dia tak ready pun nak terima.
Rutin BERJALAN dia:
- walking atas walking pad pagi sebelum anak bangun
- berjalan selepas makan tengahari kat tempat kerja
- berjalan lepas balik kerja
Diet dia tak berubah.
Apapun, tak mudah nak buat. Cuma dia determine nak cukupkan 20k sebab dia bet dengan kakak/adik dia sape tak cukup 20k steps kene bayar $200.
Dia juga ibu tunggal, ada 2 anak (2 & 5 tahun), jadi memang tak mudah tapi dia usahakan juga bagi cukup.
Tinggi dan berat dia lebih kurang saya je. Jadi saya pun boleh buat.
Dia buat dalam tempoh 5 bulan dan sekarang konsisten 15k steps sehari sebab dia tak nak lebih kurus dari ni.
Saya pun boleh buat dalam tempoh 5 bulan!
Boleh ke saya..😖
Boleh!
START HARI INI!